Maharaja Lawak Mega 2013 peringkat akhir sedang berlangsung di Astro. Apa yang menariknya, ketika para juri diperkenalkan, Luna Maya dengan beraninya tampil dengan gaun hitam yang amat menarik tanpa memakai bra.
Pakaian Luna mencetus kontroversi di alam maya, dan ramai yang mempertikaikan tindakan pihak Astro dengan selambanya membenarkan Luna Maya tampil ke program siaran langsung tv tanpa mematuhi tatacara pemakaian.
Pakaian Luna yang agak jarang itu menampakan lurah payu daranya secara terbuka.
Gosip Artis Malysia
Friday, 7 February 2014
Thursday, 6 February 2014
Zizan Razak Bersekedudukan Dengan Emma Maembong?

Murai awal hari ini menyiarkan e-mail peminat yang mendakwa ada seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Ekoran daripada laporan itu, ramai yang mula berandaian & percaya pasangan terbabit adalah Zizan Razak & Emma Maembong.
Zizan Razak yang dihubungi portal GUA pula melahirkan rasa hairan bagaimana khabar angin ini boleh dikaitkan dengan dirinya serta tidak tahu komen bagaimana harus diberikan.
“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”
“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” ujarnya.
Ajai Mengaku Berhabis RM 28,000 Bedah Hidung
Badan bertambah sasa, hidung bertambah mancung. Ajai mengakui memancungkan hidungnya dengan kos RM28 000. Katanya masalah sinus sehingga terpaksa memancungkan hidungnya.
"Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.
"Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.

"Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang", katanya dipetik akhbar Kosmo.
Altenatif lain tak membuahkan hasil sehingga terpaksa membuat pembedahan kerana gegendang telinganya sudah rosak dan sinusnya banyak tersumbat di batang hidung.
Katanya belaiu tidak kisah akan pandangan masyarakat, asalkan dirinya boleh bernafas dan mendengar dengan selesa.
"Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini", katanya lagi.
Wednesday, 5 February 2014
Pelakon Ezany Nizariff Ugut Bunuh Guru Di Facebook
Kecoh dunia hiburan apabila seorang guru yang dikenali sebagai Azahar Hassan, 43 telah mendakwa bahawa dia telah menerima mesej ugutan mati daripada Ezany Nizariff menerusi laman sosial miliknya.
Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah membuat laporan di Balai Polis Kangar susulan bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya. Azahar berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya mengenai tindakan artis itu yang memuat naik gambarnya dan mesej ugutan ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’ di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.
Ezany Nizariff ketika dihubungi mengaku bahawa ada memuat naik mesej berunsur ugutan tersebut terhadap Azahar.
Menurutnya, dia berbuat demikian kerana ingin melindungi adik perempuannya daripada berhubung dengan Azahar yang sudah mempunyai isteri.

Siti Saleha Tiada Masalah Berlakon Aksi Ranjang Dengan Lelaki
Pelakon cantik manis, Siti Saleha kini bersedia untuk menerima tawaran berlakon yang memerlukannya beraksi panas di ranjang dengan lelaki.
Katanya, untuk menjadi seorang pelakon yang versatil, artis itu tidak sepatutnya terlalu terikat dengan watak-watak menutup aurat sahaja.
Mengakui melakonkan aksi babak ranjang bakal mengundang kontroversi dan kecaman dari peminat, Siti Saleha bagaimanapun tidak kisah asalkan watak agenda panas yang ditawarkan kepadanya tidak keterlaluan.

“Saya tidak kisah jika terima tawaran aksi sebegitu kerana ia tuntutan kerja, namun saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu. Jika keterlaluan, saya akan menolaknya.”
Dalam pada itu, Siti Saleha turut mendedahkan ayahnya seorang yang terbuka dan tidak terlalu berfikiran sempit. Meskipun begitu, ayahnya tetap tidak suka jika wanita berusia 23 tahun itu melakukan aksi aksi berani dalam lakonan.
“Dia akan diam bila dia tidak suka dengan lakonan saya. Di situ, saya dapat tahu yang saya perlu perbaiki lakonan saya.”
Nora Danish & Nedim Kahwin Hujung Tahun Ini?
Bukan pertama kali para peminat mendengar kisah yang pasangan ini mahu
berkahwin. Namun, khabar angin sebelum ini berjaya dipatahkan sendiri
oleh kedua dua mereka yang ada mengatakan berkahwin tiada dalam
perancangan terdekat mereka.
Harian Metro menerusi ruangan Soseh Soseh mereka hari ini tampil dengan satu lagi perkhabaran yang mengatakan Nora Danish dan kekasih, Nedim Nazri kini dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga sekitar hujung tahun ini.
“Dalam diam mereka sebenarnya sudah pun membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit. Bukan itu saja, beberapa nama pereka fesyen terkenal juga sudah berada dalam senarai yang akan mereka busana perkahwinan mereka,” khabarnya.
Kalau benar apa yang disampaikan, pastinya ini adalah berita yang memang ditunggu ramai lebih lebih lagi peminat setia pasangan ini. Kemungkinan besar bergelar Wedding of the Year ‘kan?

8 Gambar Tasha Shilla Sambut Hari Jadi Dengan Kekasih Baru?
Tasha Shilla memang seringkali dikaitkan dengan ramai lelaki di luar
sana. Kalau dulu pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli dikatakan
bercinta dengannya, kini seorang peninju Muay Thai pula dikatakan
mempunyai hubungan dengan si cantik manis ini. Menariknya kali ini Tasha
Shilla tidak segan silu berkongsi gambar dengan si peninju yang bernama
Hans ini menerusi akaun Instagramnya.
Malah ketika menjalani penggambaran di Korea baru-baru ini, Tasha Shilla telah berkongsi gambar di bawah dengan caption Sometimes the people who are thousands of miles away from you can make you feel better then people right beside u. Adakah Tasha Shilla memang benar-benar bercinta dengan Hans atau sekadar teman tapi mesra?

Di dalam gambar sambutan hari jadinya baru-baru ini juga, Hans hadir dan kelihatan sangat mesra dengan Tasha Shilla. Malah ketika mengikuti aktiviti senaman di taman KLCC, lelaki ini turut dipeluk mesra oleh Tasha. Nampak gaya memang mereka berdua dalam fasa percintaan. Sama-samalah kita nantikan pengakuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)