NN T

Friday, 29 November 2013

Gambar Maria Farida Sambut Birthday Di Bangkok

Memang ramai selebriti kita yang dilahirkan pada bulan Mac dan diantaranya ialah Lisa Surihani, Elfira Loy, Dynas Mohktar, Sazzy Falak dan tidak terkecuali pelakon yang masih lagi bergetah, Maria Farida.
Maria dan rakan-rakan rapatnya telah bercuti ke Bangkok sekaligus meraikan sambutan ulangtahun kelahiran pelakon cantik ini semalam.
Antara yang kelihatan ialah Farahdhiya, Jeslina Hashim dan Fauzy Al-Qadri. Jom layan dulu gambar Maria yang sememangnya terkenal sebagai pelakon yang sentiasa kelihatan awet muda ini.

Telefilem Cintaku 120 Km/J Lakonan Siti Saleha

Telefilem Cintaku 120Km/J akan memaparkan lakonan Siti Saleha yang pernah memegang watak Nora Elena drama TV3 sebelum ni. Buat julung kalinya, pelakon Siti Saleha mencabar dirinya untuk melakukan sendiri aksi ‘drift’ bagi menjayakan watak Asmina dalam telefilem Cintaku 120 KM/J.
Penonton boleh menyaksikan cara Saleha membuat aksi ‘drift’ yang bakal ditayangkan di TV3 pada malam 30 Ogos ini.
“Saya yakin Cintaku 120 KM/J akan menghiburkan penonton kerana saya tertarik dengan skripnya yang membuatkan saya ketawa berbanding cerita-cerita meruntun jiwa,” kata Zizan.
Bagi penyandang Artis Lelaki Komedi Popular 2010 itu, penonton wajib menonton Cintaku 120 KM/J kerana ia sebuah telefilem yang penuh dengan aksi ‘drift,’ perlumbaan kereta, aksi dan percintaan, yang semestinya memberi kelainan buat penonton.
Telefilem yang merupakan idea asal dari Ahmad Idham dan Cat Farish itu turut dilakonkan oleh Izzu Islam dan Wawa Zainal.
Sinopsis Telefilem Cintaku 120 Km/J
‘Cintaku 120 KM/J’ mengisahkan Rahmat (Zizan Razak) yang berkerja sebagai pomen di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur. Dia sering membaiki kenderaan kepunyaan golongan berada, dan menyebabkan Rahmat sedar, cara untuk mengapai cita-cita adalah melalui pendidikan peringkat tinggi.
Ketika itu juga, Aril (Izzu Islam) kawan sekampung Rahmat datang untuk mencari pekerjaan, namun, dia lebih meminati dunia glamour. Bila bekerja di bengkel membaiki kenderaan, Aril hamper-hampir merosakkan kenderaan yang dihantar. Atas sebab itu, dia berhenti dan mencari pekerjaan lain.
Dalam pada itu, Zizie dan Shiela menjadi musuh mereka, terutamanya dalam bidang perniagaan, selain sering kalah dalam perlumbaan kereta.
Rahmat pula bagaikan tersepit di tengah, apabila dia bertemu semula dengan Asmina, kawan baik mereka dari kampung, yang juga merupakan bekas teman wanita Aril. Rahmat pernah jatuh hati dengan Asmina(Siti Saleha) dahulu, tetapi memendamkan perasaannya sahaja, selepas Asmina dan Aril bercinta. Bagaimanapun, cinta monyet mereka itu terputus di tengah jalan, selepas Asmina melanjutkan pelajaran di KL. Dan kini, sejarah yang sama bagaikan hendak berulang sekali lagi.
Selepas datang ke KL, Aril mencari Asmina dan cuba menyambung cinta mereka. Tetapi, si Aril yang playboy itu bagaikan mahu menukar haluan apabila dia bertemu dengan Shiela. Tetapi, perbuatan Aril itu diketahui Asmina juga. Asmina tidak cemburu, malah berasa lega, kerana dia semakin tertarik dengan Rahmat. Rahmat juga mahu menyimpan perasaan yang sama terhadap Asmina, tetapi semakin hari, dia dapati, dia semakin sukar hendak melupakan Shiela – yang menyimpan banyak persamaan dari segi minat dalam bidang permotoran .
Bukan sahaja Rahmat terpaksa melawan rasa bersalahnya terhadap Aril, dia juga terpaksa bersaing dengan Raymond yang cuba mendapatkan cinta Shiela. Apabila Raymond mengetahui niat Rahmat ini, dia sengaja datang ke tempat kerja Raymond, memburuk-burukkan dan memandang rendah keupayaan dan latar belakang Rahmat.
Cintaku 120KM/J
Rahmat jatuh ke gaung depresi. Berkat bantuan Asmina, Rahmat menemui semula semangat jati dirinya. Dia semakin bersemangat melanjutkan pelajarannya di peringkat automotif. Semakin dia yakin pada dirinya sendiri, semakin dirinya yakin untuk mendapatkan cinta Shiela yang seolah-olah semakin terbuka memberikan peluang kepadanya. Tetapi, peluang dan keyakinan itu dihalang oleh perasaan bersalah Rahmat terhadap pengorbanan Asmina. Shiela semakin menjarakkan diri apabila merasakan dirinya sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.
Kemuncaknya tiba apabila Rahmat mendapat tahu Shiela membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada ketika itulah, Rahmat membuktikan cintanya selaju 120km/j, sehingga dia sanggup mengejar cintanya agar tidak lari dari dakapannya lagi, buat selama-lamanya.

Pengacara Scoreboard, Nadia Zuber Nikah 11 April 2014

Penyampai berita sukan TV3 dan pengacara program ‘Scoreboard’, Nurnadia Mat Zuber, 24, dijangka menamatkan zaman bujang bersama tunangnya yang juga pemain bola sepak Harimau Muda A, Irfan Fazail pada tahun depan.
Menurut sumber, pasangan ini telah memilih tanggal 11 April 2014 untuk melangsungkan majlis pernikahan manakala majlis resepsi akan diadakan sebanyak dua kali pada keesokkan harinya iaitu pada 12 April.
Difahamkan, resepsi di sebelah siang adalah untuk jemputan saudara mara dan teman rapat manakala sebelah malamnya pula dikhususkan untuk jemputan VIP.
Untuk info, Nadia dan Irfan telah mengikat tali pertunangan pada 30 Disember 2012.

Gambar Johan Asari & Lana Nordin Di ASK 2013

Pasangan paling dinanti dan ditunggu-tunggu tentulah Johan Asari dan Lana Nordin yang baru saja mengumumkan percintaan mereka secara terang-terangan.
Ramai juga tertanya-tanya apakah baju Lana terus diulam pakaian seksi ataupun beliau sudah berubah.
Penantian tersebut berakhir apabila pasangan ini muncul di karpet merah dengan pakaian yang stylista bak kata Ayie (proganza).
ternyata Lana Nordi kini kurang sedikit seksi, kerana jika tidak sudah tentu pakaiannya akan menjolok mata. Mereka amat mesra bersama tetapi apabila bergambar tiada pegang-pegang tangan ataupun terlalu mesra yang ditonjolkan.
Jom layan beberapa Gambar Johan Asari & Lana Nordin Di ASK 2013

“Tak Apa, Jodoh Kita Tuhan Yang Tentukan…” – Shila Amzah

Umum sudah mengetahui mengenai pengakuan hubungan cinta pelakon Johan As’ari dan Lana Nordin sedikit sebanyak menyebabkan penyanyi, Shila Amzah terkena tempiasnya.
Johan mengakui Lana merupakan pilihan yang tepat dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada awal tahun depan.
Sebelum ini, Shila dan Johan dikatakan mempunyai hubungan istimewa, tambahan pula apabila mereka sering dilihat bersama dan itu menguatkan lagi dakwaan yang mereka sedang menyulam cinta.
Keputusan Johan ternyata memberi tamparan hebat kepada Shila, malah Shila juga turut menulis beberapa bait ayat di laman sosial untuk menggambarkan perasaannya.
Selain itu, Shila juga membalas respon kepada peminatnya melalui laman sosial supaya jangan bimbang kerana dirinya berada dalam keadaan yang baik dan menganggap ini semua takdir.
“Tak apa, jodoh kita Allah yang tentukan, siapa pun jodoh saya, saya terima. Doakan yang terbaik untuk saya. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya…”

Demi Johan, Lana Nordin Sedia Untuk Berhijab?

Pelakon, Lana Nordin, 34, bakal mengubah penampilan diri daripada seorang selebriti yang selalu mengenakan pakaian seksi untuk menjadi seorang wanita yang bertudung.
Menurut sumber, keputusan itu diambil oleh Lana kerana cintanya kepada kekasih hati, Johan As’ari, 27.
“Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.
“Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!” jelas sumber itu.
Semalam, Johan sebelum ini dikaitkan dengan Shila Amzah meluahkan keinginannya untuk menyunting Lana sebagai isteri setelah terpikat dengan kelembutan pelakon tersebut.
Dalam pada itu, tambah sumber, Lana juga telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan.

(GAMBAR) Lana Nordin Bawa Johan Jumpa Keluarga

Di sebalik kejutan percintaan ekspres antara Johan As’ari dan Lana Nordin, ramai yang kasihankan nasib Shila Amzah yang ditinggalkan begitu saja.
Tambahan niat Johan yang ingin memperisterikan Lana dan doanya depan Kaabah tentang jodohnya dikaitkan dengan pertemuannya dengan Lana, lagilah orang ramai merasa pelik.
Persoalan yang bermain di fikiran semua orang adalah, ‘adakah ini benar atau sekadar gimik?’
Hari ini, ada sumber yang mendedahkan gambar Johan As’ari yang nampaknya sudah mula rapat dengan keluarga Lana Nordin dimana menunjukkan tanda perhubungan yang serius.
Lana sendiri telah muatnaik gambar ini bersama ayat yang berbunyi gembira: ‘love all of u cos u all never judge people from d outside but accept them who they r…respect them…support n always be there for me no matter what decisions i’ve made…tq mak ? All of u for understand me well… @mazwin_awin @shashabahari‘
Walaupun pelbagai cemuhan yang diterima oleh Johan tidak putus-putus menyinggah ke laman sosial mereka, nampaknya peminat Lana Nordin memberikan respon yang positif dan sama-sama berkongsi gembira tentang khabar ini.

Bila diingat semula sejarah gosip Johan, beliau pernah dikaitkan dengan beberapa nama popular seperti Izreen Azmida dan Nabila Huda. Selepas Shila Amzah, kini Lana Nordin pula.
Memang pandai Johan ‘memancing’.
Apa pun, mari kita berfikiran positif kalau benar perkara ini adalah perkara yang serius yang akan dibawa ke jinjang perkahwinan seperti yang diinginkan oleh Johan.

Doa Depan Ka’abah, Johan As’ari Dapat ‘Pamela Anderson’

Setelah beberapa waktu namanya dikaitkan bercinta dengan penyanyi popular, Shila Amzah, akhirnya pelakon, Johan As’ari dikhabarkan sudah melamar pelakon seksi, Lana Nordin untuk menjadi suri hidupnya.
Berita itu sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminatnya bahkan mungkin ada yang menyifatkan ia hanya sebahagian promosi filem atau drama.
Berkata kepada Berita Harian, Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa.
Johan turut mengakui mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program, bulan lalu.
Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan isteri.
“Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya.
“Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” katanya.
Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin.
Pelakon filem Paku itu juga akui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan memimpin keluarga.
“Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjaid insan lebih baik. Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan.
“Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa,” katanya yang enggan berkongsi tarikh pernikahan.
Sejak bercinta, Johan memberitahu bahawa Lana sudah mengelak memakai skirt pendek.
“Saya nampak ketulusan hatinya, walaupun terkejut saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.
“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya minta dia bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius,” katanya.
Ketika nama Shila Amzah dibangkitkan, Johan berkata sudah menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik.
Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya.

Syafie Naswip Bengang Peminat Tegur Foto Mesra Bersama Kekasih

Nama Syafie Naswip memang jarang dikaitkan dengan kontroversi panas. Pelakon ini dilihat lebih selesa menghindari gosip dan publisisti murahan untuk menjaga reputasinya.
Namun semalam, Syafie Naswip melenting apabila seorang lelaki yang menegur tindakannya bergambar mesra dengan seseorang.
Difahamkan, lelaki berkenaan tidak senang melihat beberapa keping foto Syafie yang seakan memeluk budak perempuan bernama Fara Nadiah itu.
Syafie menganggap tindakan lelaki berkenaan sebagai kuno kerana mempersoalkan caranya bergambar dengan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Menurut Syafie lagi, hubungannya dengan Fara Nadiah yang juga seorang pelakon itu cukup akrab seperti adik-beradik kandung.

Monday, 25 November 2013

PANAS!!! Hanez Suraya Saman Terhadap Bekas Pembantu Peribadi

Pelakon Hanez Suraya memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, petang semalam.
Menerusi laporan di portal Gua.com.my, Hanez mendakwa dia telah difitnah dan diaibkan Fairus menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan’.
Selain itu, Fairus juga didakwa ada memburukkan pelakon Love You Mr. Arrogant itu kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Hanez juga memberitahu dia mempunyai bukti semua dakwaan tersebut.
Laporan sama juga menyebut pada bulan Oktober lalu, Hanez ada menghantarkan surat sebelum tindakan ‘Letter of Demand’ kepada Fairus menerusi peguamnya. Namun begitu, Fairus enggan menandatangani salinan surat tersebut sebagai bukti dia telah menerima surat tersebut. Surat tersebut mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf kepada Hanez secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut.
Kemudian Fairus ada berjumpanya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf. Fairus telah memuat naik permohonan maaf menerusi akaun Instagram dan Twitter miliknya. Namun dakwa Hanez, dia kembali memfitnah dan mengaibkan diri pelakon itu.
Hanez menganggap perkara ini sangat serius kerana ianya membabitkan nama dan reputasinya sebagai seorang pelakon.
Bagaimanapun Fairus tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi, semalam.

Zizan Razak Dan Emma Maembong Sah Bercinta?

Wow. ADMIN kagum dengan hasil risikan serta kajian yang dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang mahukan 2 selebriti ini bercinta. Menerusi akaun Instagram ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta. Benar atau tidak? Hanya Zizan dan Emma sahaja yang tahu.
Antara “hint” yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013 berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan simbol “love” ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan?
Malah Zizan juga pernah menulis “Miss you sayang” menerusi akaun Twitternya. Tidak lama selepas itu, Emma Maembong turut sama menulis status yang sama. Perkara-perkara kecil seperti ini telah berjaya dikesan oleh para peminat mereka menguatkan lagi anggapan ramai yang mereka berdua benar-benar bercinta.
ADMIN pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara “hot girl” di dalam dunia hiburan. ADMIN suka kalau mereka benar-benar bercinta. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel.
Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini.

Neelofa Akan Tinggalkan Dunia Seni?

Neelofa adalah salah seorang selebriti tempatan yang mempunyai cita-cita dan hala tuju di dalam kehidupannya. Walaupun masih muda, Neelofa sudah pun mempunyai produk kecantikannya sendiri iaitu Bellavita. Ini semua adalah persiapan untuk dirinya bersara daripada dunia hiburan apabila usia Neelofa mencecah 30 tahun.
Kini berusia 24 tahun, Neelofa percaya dalam tempoh 5 tahun lagi bakatnya tidak lagi akan diperlukan kerana sudah ada bakat-bakat baru ketika itu. Kata Neelofa kepada Mstar Online:-
Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun.
Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan
Bagus perancangan yang ada di dalam tangan Neelofa itu. Dunia lakonan sememangnya tidak mampu bertahan sampai bila-bila. Masa muda inilah pulun betul-betul sambil merancang perniagaan untuk masa depan. Dah tak popular nanti sekurang-kurangnya sudah ada backup plan. Tak adalah baru terkejar-kejar nak meniaga. Semoga perancangan Neelofa menjadi kenyataan suatu hari nanti. Kita tunggu sama-sama 5 tahun lagi.

Sunday, 24 November 2013

Nabila Huda Tak Serik-Serik Tayang Celah Dada

Sepanjang minggu ini memang masyarakat kita dihangatkan dengan nama Nabila sahaja.

Pertamanya, kita dikejutkan dengan kehilangan remaja yang dikatakan disorok hantu di Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru.

Memang kecoh negara dengan cerita ni apabila hampir kebanyakan media massa termasuk media mainstream yang memainkan topik itu sepanjang minggu ini. 


Kali ini berbalik kepada seorang lagi Nabila iaitu anak kepada rockers Amy Search iaitu Nabila Huda.

Kalau sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan Nabila di laman Instagramnya, pasti tahu kini dia terlibat menjayakan watak Saloma menerusi drama bioepic primadona filem Melayu tersebut.

Semalam, Nabila ada memuat naik gambar terbarunya bergaya dengan kebaya ketat berwarna putih yang sedikit menampakkan susuk payu daranya.

Seperti biasa, pasti ada peminat yang menyokong dan mengutuk penampilan aktres itu.

Nabila yang seakan sudah lali dengan pelbagai komen di Instagramnya dilihat langsung tidak membalas segala komentar yang dilontarkan kepadanya.

Mungkin ada sesetengah pihak yang kurang gemar Nabila kelihatan terlalu seksi kerana ianya tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu kepada seorang cahaya mata.

Diharapkan selepas ini Nabila lebih peka dengan cara pemakaiannya, kerana memang tidak dapat dinafikan dia seorang aktres yang berbakat besar, namun adalah lebih manis sekiranya pakejnya itu dilengkapi dengan imej dan ‘attitude’ yang bersih juga.

Tak gitu?

Gambar Bogel Jururawat Klinik Disebar Bekas Kekasih

Foto bogel jururawat Klinik Daerah Bangko Merangin, Jambi, tersebar luas di laman sosial Facebook. 

Sejak foto bogelnya tersebar, jururawat tersebut terus menghilangkan diri. Dikutip dari Liputan6 (21/11), foto-foto bogel PNS di RSUD Merangin Jambi ini muatnaik dari Facebook dengan menggunakan nama orang lain, dan ada 4 foto bogel jururawat tersebut. 

Ketua Polis Daerah Jambi, Almansyah telah mengarahkan anggotanya untuk mengambil keterangan dari jururawat tersebut. Beliau kemudian menafikan memuatnaik foto-foto tersebut ke Internet walaupun sering mengambil gambar aksi ghairah untuk kekasihnya yang berada di Palembang. 

Hubungan mereka kini putus dan pihak polis mengesyaki bekas kekasihnya itu adalah pelaku dalam kes ini. 

Bekas kekasihnya itu kini diburu polis dan berhadapan dengan hukuman lima tahun penjara.

Anak Sakit Mental Pijak Bapa Sampai Mati

Seorang warga tua maut akibat dipijak berulang kali di bahagian perut oleh anak lelakinya yang mengalami masalah mental di rumahnya di Kampung Tutuwon, Pitas dekat Kota Marudu, kelmarin.
Oding Lumping, 84, meninggal dunia akibat pendarahan dalam perut di Hospital Pitas, jam 10.45 pagi, tiga jam selepas dimasukkan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof, berkata berdasarkan keterangan isteri mangsa, Iyong Malong, 61, suspek yang berusia 40 tahun pergi ke rumah mereka kira-kira jam 11.45 malam Jumaat lalu dan meminta parang.
Apabila Oding memaklumkan dia tiada parang, suspek naik angin dengan mencekik serta memukul ibunya di kepala.
“Selepas itu, suspek memukul bapanya sehingga jatuh dan memijak berulang kali di perut,” katanya.
Mohd Isa berkata, keesokannya pasangan itu pergi ke Hospital Pitas dan Oding meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan.
“Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat cedera di bahagian saluran buah pinggang serta patah tulang rusuk kanan, manakala isterinya cedera ringan di kepala dan leher,” katanya.
Selepas menerima laporan polis yang dibuat oleh Iyong, sepasukan anggota dari Balai Polis Pitas bergegas ke Kampung Tutuwon dan menahan suspek bagi membantu siasatan.
Suspek direman tujuh hari mulai kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Siasatan awal mendapati suspek adalah pesakit mental dan pernah menjalani rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu.

Paragut Terima Padah Dibelasah Wanita Di Bandar Tun Abdul Razak

Seorang lelaki berusia 21 tahun terima padah apabila dipukul seorang wanita ketika cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam.
Dalam kejadian tersebut, wanita dalam lingkungan 30-an itu dikatakan sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran.
Secara tiba-tiba, lelaki terbabit datang dari arah belakang lalu mengambil beg tangan tersebut sebelum membawa lari ke arah motosikal yang diletak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.
Mangsa yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan sehingga berlaku pergelutan sebelum mangsa menjerit meminta tolong.
Pergelutan itu menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat ditolak lelaki berkenaan.
Mangsa kemudiannya bangun lalu menendang dan memijak beberapa kali di bahagian perut serta dada lelaki terbabit.
Lelaki yang dipercayai beralamat di sebuah tanah rancangan Felda bukan dalam daerah Maran itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai.
Menurut saksi kejadian, orang ramai yang berada berdekatan bergegas ke kedai berkenaan selepas terdengar jeritan mangsa meminta pertolongan kerana diragut.
Mangsa bagaimanapun tercedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Jengka dan menerima tujuh jahitan di belakang kepala selain bengkak rusuk kiri, melecet bahagian belakang badan serta lebam betis kanan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun tanpa senjata api.

PANAS!!! Johan & Zizan Gaduh?? Sudah Lebih Setahun Tak Jumpa

Keserasian dan keakraban dua pelawak terkenal tanah air, Johan dan Zizan Razak, sememangnya diketahui umum sejak dahulu lagi.
Malah, dek kerana gandingan mereka yang cukup menjadi menerusi singkatan Jozan membuatkan keduanya mengecap tahap populariti yang cukup membanggakan.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini dapat dilihat kedua-dua bintang Raja Lawak ini lebih senang bergerak secara solo tanpa pasangan masing-masing sehingga timbul desas desus mengatakan kedua pelawak ini telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing.
Namun, perkara itu segera dinafikan oleh Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Muhammad Aziz.
“Kami bukan bergaduh, kami berselisih pendapat saja tetapi perkara itu berlaku hanyalah ketika kami dalam waktu bekerja.
“Perselisihan pendapat itu terjadi disebabkan waktu itu terdapat percanggahan idea di antara kami.
“Bagaimanapun, dengan perselisihan pendapat itulah yang memberikan kesan terbaik dalam persembahan kami dan perkara itu selesai setelah waktu bekerja tamat,” katanya pada media ketika ditemui selepas pelancaran drama bersiri kanak-kanak, Elly & Epit, baru-baru ini.
Johan yang ditemani isterinya, Ozlyn Wati memberitahu, kesibukan dengan aktiviti seni masing-masing menjadi punca mengapa mereka kini dilihat tidak bersama lagi.
“Dia sibuk dengan kerja dia dan saya sibuk dengan kerja saya. Walaupun begitu, kami saling menyokong di antara satu sama lain,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa ada pihak yang sengaja melaga-lagakannya dengan Zizan, Johan memberitahu dia tidak mampu untuk menghalang pihak berkenaan daripada bersuara.
“Semua orang ada hak untuk bersuara. Jadi, kita dengar saja. Jangan melenting atau melawan, sebaliknya hadapinya dengan tenang.
“Mungkin, kami pun dah tahu siapa punya angkara dan sebab musababnya pihak berkenaan berbuat demikian.
“Tapi, kami menganggapnya sebagai satu pembelajaran dan pengalaman apatah lagi kami juga masih baru dalam industri ini,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia tetap menghormati pihak berkenaan memandangkan dia adalah orang lama dalam industri seni.
Begitu pun, Johan memberitahu, dia menganggap segala apa yang terjadi adalah satu kritikan yang membina untuk membawa Jozan lebih maju ke hadapan.
“Terus terang saya cakap, saya malas nak layan gosip-gosip yang bersifat mengecam atau menghentam kerana ia langsung tidak membantu apa-apa.
“Lebih baik fokus pada kerjaya, cuma ia terpulang pada individu itu bagaimana nak mengatasinya.
“Tapi, apa yang penting, kami ambil iktibar daripada apa yang terjadi,” katanya.
Kejutan di AF2013
Lantaran hampir setahun tidak bertemu dengan rakan baiknya itu, Johan akhirnya membuat kejutan apabila muncul di pentas akhir konsert Akademi Fantasia 2013 (AF2013), baru-baru ini.
Ternyata, kejutan yang dilakukan oleh Johan itu benar-benar membuatkan Zizan berasa terharu.
“Sebenarnya, dua minggu sebelum finale AF2013, dia nak curi masa untuk berjumpa dengan saya di program Super Spontan, tetapi pihak produksi tidak melepaskannya.
“Saya tahu mengenai perkara itu dan saya anggap itu ialah usahanya untuk berjumpa dengan saya tapi tidak kesampaian.
“Jadi, apa salahnya saya yang kebetulan sudah habis program untuk Super Spontan berusaha pula untuk berjumpa dengannya.
“Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan lain, kejutan yang saya nak buat untuknya itu akhirnya berjaya dilakukan,” jelasnya sambil memberitahu Zizan sudah menganggap dirinya sebagai abang dalam industri seni ini.

Kos Perkahwinan Zain Saidin, Che Ta Cecah RM1.21 Juta!!!

Okay, gelaran Wedding of the Year 2013 boleh diberikan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Minggu lalu pasangan ini dilaporkan sudah berbelanja lebih RM200,000 untuk barangan hantaran sahaja namun ini ada informasi tentang kos keseluruhan.
Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Zain Saidin berkata yang hantaran berjumlah RM100,000 kepada Rozita Che Wan adalah hasil kerja keras beliau sepanjang tahun manakala sebahagian besar kos RM1.21 juta untuk perkahwinan mereka datang dari tajaan.
“Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami & pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami,” ujar Zain Saidin.
Zain Saidin turut berkata yang beliau menyerahkan RM100,000 kepada Rozita Che Wan untuk membeli apa sahaja yang di’hajati kerana ingin melihat bakal isterinya itu berpuas hati dan dalam masa yang sama membelikan barang hantaran untuk dirinya di London & Paris.

(GAMBAR) Deso Dogg, Bekas Penyanyi Rap Jerman Syahid Di Syria

Penyanyi rap terkenal German Deso Dogg yang telah memeluk Islam menyertai Mujahideen Syria untuk berjuang menentang rejim Bashar Al-Assad.
Beliau digelar Abu Thalhah al- Almani telah pun berada bersama-sama para mujahiden bumi Syam uuntuk menghadapi pakatan tentera kuffar/ syiah/ komunis yang sedang menumpahkan darah kaum muslimin abriya’ di bumi Sohabah r.a tersebut.
Meskipun baru memeluk Islam tetapi keyakinan dan tauhidnya yang begitu mendalam telah membuatkan dirinya begitu yakin sehingga tanpa ragu-ragu telah membuat keputusan untuk berjihad di jalan Allah.
Beliau kini telah mati syahid di Syria. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para syuhada’
Nama kelahiran Deso Doggg adalah Denis Mamadou Cupert. Beliau memulakan karier rapnya pada tahun 1995 dan berhenti pada tahun 2010 setelah masuk Islam.

Gadis Berusia 13 Tahun Dirogol Dalam Rumah Nenek

Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, Setiu, awal pagi semalam.
Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.
“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.
Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.
Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.
“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.
Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Tiada Istilah Nak Tayang Body” – Faezah Elai

Beberapa hari lalu, aktres jelita Faezah Elai telah memuatnaik beberapa keping gambar dirinya yang cukup seksi dan menggiurkan di laman Instagram dengan hanya memakai baju dan seluar jeans ketat.
Susulan itu, segelintir peminat yang berfikiran sempit menuduh Faezah sebagai sengaja menayangkan kecantikan dan kelangsingan badannya kepada orang ramai sejak bersalin pada Februari lalu.
Merasakan kritikan yang dilemparkan peminat tidak berasas dan cuba menjatuhkan popularitinya, Faezah segera memberikan jawapan balas berbunyi seperti di bawah.
Sebenarnya, admin sendiri amat terkejut dengan bentuk badan terkini pelakon itu malah tidak menyangka lebih slim dan langsing berbanding sebelum berkahwin. Memang bertuah sungguh suaminya dan pasti ramai jejaka di luar sana akan cemburu tidak tentu arah. Ehehe