Bukan pertama kali para peminat mendengar kisah yang pasangan ini mahu
berkahwin. Namun, khabar angin sebelum ini berjaya dipatahkan sendiri
oleh kedua dua mereka yang ada mengatakan berkahwin tiada dalam
perancangan terdekat mereka.
Harian Metro menerusi ruangan Soseh Soseh mereka hari ini tampil dengan
satu lagi perkhabaran yang mengatakan Nora Danish dan kekasih, Nedim
Nazri kini dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga sekitar hujung
tahun ini.
“Dalam diam mereka sebenarnya sudah pun membeli barang-barang hantaran
sedikit demi sedikit. Bukan itu saja, beberapa nama pereka fesyen
terkenal juga sudah berada dalam senarai yang akan mereka busana
perkahwinan mereka,” khabarnya.
Kalau benar apa yang disampaikan, pastinya ini adalah berita yang memang
ditunggu ramai lebih lebih lagi peminat setia pasangan ini. Kemungkinan
besar bergelar Wedding of the Year ‘kan?
No comments:
Post a Comment