NN T

Monday, 30 December 2013

Kalau Masuk Islam, Bukan Sebab Sesiapa – Stacy

Khabar angin Stacy memeluk agama Islam seringkali bertebaran di dunia Internet. Ini mungkin kerana desas-desus percintaan antara dirinya dan Akim Ahmad. Banyak peminat yang mahu melihat mereka berdua disatukan atas ikatan suami isteri. Bagi Abang Nara, Stacy dan Akim umpama pinang dibelah dua. Memang sama cantik sama padan.
stacy dan akim
Namun bertukar agama bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih buat Stacy yang beragama Kristian sejak dari kecil. Menurut Stacy, andainya dirinya memeluk Islam satu hari nanti, ia adalah ikhlas dari hati dan bukannya kerana mahu berkahwin dengan Akim. Kata Stacy kepada MalaysianDigest:-
Ia perkara yang sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatah lagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ikhlas dari hati saya sendiri dan bukan sebab sesiapa.
Kalau berjumpa, kami selalu juga bertanyakan pada dia (Akim) dan kami masing-masing berkongsi perihal agama masing-masing. Dari situ saya baru tahu, oh agama saya sebenarnya tidak banyak beza pun dengan Islam.
Kalau dulu semasa tinggal di kampung, pergaulan saya terhad dan orang sekeliling kebanyakannya penganut Kristian. Tapi apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.
Kerana itu juga saya berasa kagum semakin berminat untuk mengetahui tentang agama Islam
stacy masuk islam
Bagus pendirian Stacy ini. Respek Abang Nara. Sebaik-baiknya biarlah Stacy mendalami Islam dengan kerelaan hati. Lebih manis jika bertukar agama kerana kemahuan diri sendiri. Abang Nara percaya dalam diam Akim ada juga mengajar Stacy serba sedikit mengenai Islam. Semoga satu hari nanti hati Stacy akan terbuka sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan.

(30 GAMBAR)Bulan Madu Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Di Eropah

Menariknya gambar-gambar bulan madu yang dikongsi oleh Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri.  Mereka berdua telah terbang ke Eropah dan antara tempat yang dilawati ialah Istanbul dan Rome. Abang Nara suka melihat gambar-gambar bangunan yang dilawati oleh mereka. Penuh informasi sejarah. Kagum Abang Nara melihatnya.
gambar bulan madu jovian
Antara tempat yang paling menarik pada pandangan Abang Nara ialah bangunan Hagia Sophia. Bangunan ini adalah gereja yang telah ditukarkan kepada masjid setelah ditawan oleh empayar Uthmaniah. Jadi boleh dilihat gabungan kedua-dua agama iaitu Kristian dan Islam padanya. Best kan?
gambar bulan madu jovian
Tak sabar rasanya nak melihat lebih banyak gambar-gambar daripada pengantin baru ini. Kalau anda berminat, boleh ikuti Instagram Jovian Mandagie dan Instagram Nina Ismail Sabri. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepeuhnya.

gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian

(15 GAMBAR)Felixia Yeap Yang Cantik Menawan Bertudung

Ramai yang menyatakan kecairan hati mereka apabila melihat Felixia Yeap bertudung dan memakai baju kurung. Untuk anda yang tidak mengetahui, Felixia adalah seorang model yang hasil kerjanya sering terpampang di FHM, Playboy dan banyak lagi. Memang seksi gila posing yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu. Namun kini, cun melecun, ayu, menawan dan manis sangat apabila Felixia bertudung.
felixia yeap bertudungNamun menerusi tulisannya di felixiayeap.blogspot.com, Felixia melahirkan kekecewaannya apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan tindakannya bertudung dan memakai baju kurung/jubah seperti gadis Muslimah yang lain. Ini kerana Felixia masih lagi melakukan tugasannya selaku model majalah-majalah yang Abang Nara nyatakan di atas. Ada pihak yang menuduh Felixia sengaja mengambil kesempatan, “poser“, dan tidak ikhlas berubah.
felixia yeap bertudungBaru-baru ini Felixia telah tampil di sebuah rancangan di TV Al-Hijrah. Menarik sungguh temubual yang diadakan olehnya. Abang Nara tertarik dengan kata-katanya “Felixia rasa selamat bila pakai baju muslimah, rasa terlindung dan rasa lebih dihormati“. Walaupun masih belum memeluk Islam, nampaknya Felixia lebih memahami sebab Islam menyuruh penganutnya menutup aurat.
Sama-samalah kita doakan agar Felixia Yeap terbuka hati dan diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam suatu hari nanti. Doakanlah juga agar wujudnya seorang lelaki Islam yang benar-benar ikhlas mendampingi dan membimbingnya ke jalan yang benar. Pada pendapat Abang Nara, janganlah kondem, jatuhkan, kutuk atau hina Felixia. Berilah peluang kepadanya untuk berubah. Sekurang-kurangnya Felixia mencuba. Tak gitu?felixia yeap bertudung
Lagi beberapa gambar comel Felixia Yeap bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap.

felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung

Thursday, 26 December 2013

Tanpa Johan As’ari, Lana Nordin Tetap Teruskan Hasrat Berubah

Lana Nordin ialah seorang wanita yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Respek dan kagum Abang Nara dengan Lana yang akan meneruskan hasratnya untuk berubah menjadi seorang muslimah yang baik walaupun perhubungannya dengan Johan As’ari sudah tamat. Ternyata, Lana bukan mahu berubah kerana Johan, tetapi kerana kemahuannya sendiri. Tahniah Lana!!!
lana nordin berubah
Berkata kepada Mstar Online, Lana menerangkan yang hasrat ingin berubah sudah pun tersemai di hatinya sebelum bertemu Johan. Kata Lana:-
Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty. Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik
lana bertudung
Alhamdulillah. Abang Nara pasti hasrat Lana Nordin pasti disenangi orang ramai dan akan dipermudahkan. Entah-entah di kala sedang berubah, akan ada hati lelaki yang terpikat pada dirinya. Dan mana tahu lelaki tersebut benar-benar jujur dan ikhlas mahu membimbing Lana. Sama-samalah kita doakan. Teruskan perubahan anda wahai Lana Nordin.

Saya Tidak Meletakkan Sebarang Taraf Ketika Berkawan Dengan Lana – Johan As’ari

Pening juga kepala Abang Nara dengan si Johan As’ari ini. Kadang-kadang bila baca kenyataan yang dibuat olehnya, memang macam tak masuk akal. Bila membaca kata-kata Johan menerusi Kosmo hari ini, nampak macam orang berilmu. Namun bagi Abang Nara, walaupun jodoh itu memang sudah ditetapkan, sedikit sebanyak usaha yang kita lakukan menentukan siapakah jodoh kita.
johan dan lana
Kata Johan:-
Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu.
Dalam perjalanan yang masih jauh, sudah tentu saya akan bertembung dengan perkara-perkara sebegini. Ia seperti menjadi pengajaran kepada saya dalam menempuhi masa akan datang. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah, sudah tentu saya tidak dapat lari daripada takdir ini
Yang tambah memeningkan Abang Nara apabila Johan memaklumkan dia hanya menganggap Lana sebagai kawan biasa. Terang Johan:-
Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja. Apa yang saya boleh katakan juga, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya.
Ramai yang beranggapan bahawa Johan selama ini sengaja mencari publisiti murahan dengan mengumumkan percintaan, kemudian putus. Perkara ini sudah terjadi beberapa kali. Johan menafikan perkara ini. Katanya:-
Percayalah, walaupun saya memerlukan publisiti, saya tidak bermaksud mempergunakan hubungan cinta saya untuk tujuan dikenali orang ramai. Insya-Allah selepas ini, saya tidak akan terburu-buru dalam mencari jodoh. Namun, kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai manusia, kita hanya merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan
johan
Pendapat Abang Nara, jangan hanya salahkan takdir Allah semata-mata. Akan tetapi kalau dah sampai 3,4 kali perkara yang sama berulang, mesti ada “something wrong somewhere”. Apa kata Johan tanya hati sendiri sama ada benar-benar ikhlas mahu mendirikan rumahtangga atau masih belum bersedia sepenuhnya. Empunya badan pasti akan tahu jawapannya. Tak gitu?