Rasanya ramai yang dah tahu tentang hubungan cinta Lana Nordin dan Johan As’ari yang tidak kesampaian.
Astro Gempak pada mulanya agak terkejut apabila mengetahui tentang perkara ini pada sambutan hari natal semalam, tetapi mungkin tiada jodoh antara mereka walaupun sebelum ini Johan pernah memberitahu, Lana Nordin wanita yang muncul ketika dia sedang berdoa di hadapan kaabah sebulan yang lalu.
Walaubagaimanapun, Astro Gempak suka melihat ketenangan Lana Nordin menerima keputusan Johan As’ari memutuskan hubungan mereka.
Malah Lana Nordin mengaku dia sedikit pun tidak berasa sedih malah sudah bersedia dari awal sejak hari pertama memulakan hubungannya dengan Johan.
“Saya sudah dapat mengagak perkara ini akan berlaku kerana dia (Johan) selalu bagi alasan yang bukan-bukan sejak hubungan kami ditentang keluarganya.
“Jadi, saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami pun baru bermula dan masih dalam proses mengenali hati budi.
“Saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar…Kenapa saya kata kelakar? Kerana…dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?
“Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” katanya yang dipetik daripada laporan sebuah portal hiburan.
Sebelum ini di dalam laporan yang dikeluarkan akhbar mingguan Metro Ahad, Johan menyatakan bahawa hubungannya dengan pelakon itu telah putus secara rasmi sejak Isnin lepas.
"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana," katanya.
Dalam pada itu, pelakon sekuel filem Juvana itu turut menyatakan beliau masih menyayangi Lana, namun terpaksa memilih keluarga ekoran tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka.
"Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana," ujarnya.

No comments:
Post a Comment