Masihkah anda ingat mengenai artikel “Peluang Luangkan Masa Selama 5 Hari Bersama Maya Karin” yang pernah Abang Nara kongsikan satu ketika dahulu? Peluang keemasan ini adalah bersempena pertandingan PETRONAS Fuelled By Fans, Powered By PRIMAX. Selain Maya Karin, selebriti-selebriti lain yang terlibat ialah Shaheizy Sam, DJ Yoon, pelakon Hong Kong Him Law dan bintang Taiwan Biii.

Akhirnya setelah menunggu sekian lama, 5 orang pemenang pertandingan ini telah pun diumumkan. Sedih juga diri ini kerana tidak terpilih sebagai pemenang. Dah tak ada rezeki namanya. Setiap pemenang-pemenang ini akan digandingkan dengan salah seorang daripada 5 selebriti di atas. Mereka akan bersaing di dalam cabaran yang akan bermula 11 Disember sehingga 15 Disember ini dengan hadiah bernilai RM100,000 untuk dibawa pulang sekiranya berjaya menjadi juara.
Setiap pasukan akan diberikan sebuah kereta dan kit survival untuk cabaran selama 5 hari ini. Salah satu benda yang ada di dalam kit survival tersebuah ialah kad Mesra PETRONAS. Kad ini sudah pun dimasukkan nilai “point” tertentu. Dengan hanya menggunakan kad Mesra ini, setiap pasukan perlu mengisi minyak, membeli makanan dan barangan lain.
No comments:
Post a Comment