NN T

Tuesday, 10 December 2013

MALAM BERINAI CHE TA GLAMOR DITAJA BARANG KEMAS RM11 JUTA

KUALA LUMPUR, 11 DIS 2013: Gaya sedondon dalam persalinan ungu biji kundang jadi pilihan pasangan selebriti glamor Zain Saidin dan Rozita Che Wan di malam berinai yang berlangsung semalam di Dewan N’Dah Shah Alam, Selangor. 
Tumpuan diberikan kepada Rozita yang tampil memperagakan set perhiasaan barang kemas tajaan daripada Habib Jewels yang bernilai keseluruhan RM 11 juta terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan.
Kedua Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain yang menggayakan rekaan Rizman Ruzaini diarak ke pelamin khas bertemakan warna putih berhias bunga segar dimana Che Ta mengambil tempat ditengah pelamin untuk upacara berinai yang ditaja oleh My Beautiful Henna.
Dee yang ditugaskan mengacarakan majlis memeriahkan suasana dengan celoteh dan gurau senda dalam bahasa utara yang juga menjadi asal usul kepada Che Ta sementara beberapa persembahan nyanyian turut menjadi pelengkap majlis berinai pasangan selebriti popular itu.
Selesai upacara berinai, pasangan tersebut meninggalkan pelamin untuk menukar persalinan seterusnya pada majlis itu iaitu gaun perkahwinan moden berona putih lengkap berlayah panjang tajaan Bianco Mimosa.
Turut melengkap persalinan bakal isteri kepada Zain Saidin itu set barang kemas daripada Habib Jewels terdiri daripada sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar.
Majlis yang berlangsung di tengah bandaraya Shah Alam itu turut dihadiri para ahli keluarga, rakan-rakan, teman selebriti antaranya Datuk Aznil Haji Nawawi, Azza Elite, Sharifah Shahora dan tidak ketinggalan ahli keluarga Che Ta iaitu Ayu Raudhah, Mazlan Pet Pet dan Zakuan Adha.
Kedua pasangan romantis ini bakal dinikahkan pada malam ini selepas Maghrib, Rabu, di Setia City Convention Centre dan resepsi kedua mereka akan dilangsungkan pada Jumaat ini di lokasi yang sama.

No comments:

Post a Comment