
KUALA LUMPUR, 23 DIS 2013: Pendedahan aktor Johan ‘As’ari mengenai kisah cinta antara dia dan Lana Nordin telah mengundang pelbagai reaksi peminat dan ramai pihak tidak menyangka aktres kontroversi dan seksi itu adalah wanita yang berada di hati Johan ‘As’ari.
Lana pula yang menerima tempias dek pengakuan tersebut memilih untuk positif dengan segala persepsi yang dilemparkan kepadanya terutama sekali berkaitan penerimaan keluarga aktor tersebut yang nyata digembar-gemburkan.
No comments:
Post a Comment